Friday, 27 April 2012

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya...


Kredit :- Dari Rakan FaceBook Dan blog Kaymama...

-> Alamak!!! Lepas nie kena taip betul2 kat sms...

Thursday, 26 April 2012


CARA DIBUKAKAN HIJAB..:)

Berikut adalah beberapa cara untuk kita melihat Jin/Hantu/Syaitan walau dengan seimbas bayanganya. Namun semuanya hanya dengan izin Allah s.w.t...

Nasihat:
-Jangan sesekali cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
-Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
-Jangan sesekali menggunakan air mata anjing untuk aktiviti ini kerana ia adalah haram.
-Jangan lakukan jika berseorangan.
-Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
-Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.
-Tidak digalakkan untuk mereka yang berumur bawah 16tahun dan kurang faham atau kurang mahir dalam membaca.

Cara Pertama:
-Berdiri dan menghadap kiblat..
-Rehatkan badan dan segala anggota - biarkan lemah..
-Selawat 3x
-Kosongkan minda dengan cara menumpukan pada bahagian tengah kening baca surah al-fatihah dengan berulang2 sehingga 7x..
-Pastikan akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
-Semasa tgn terasa terangkat tu ada semacam seperti angin yg bertumpu pada tangan atau pergelangan..angin yg dingin..
  turutkan saja arah tgn bergerak... dan buka mata utk melihat..

 Cara kedua:
-Semasa mandi mayat. air mayat melimpah turun, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi...atau
  ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
-Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda...kemudian buka mata dan lihat apa yang muncul di tepi anda...!


 Cara Ketiga:
-Mengusap kotoran dari kuburan (iaitu tanah dari kawasan perkuburan) dan sapu di sekitar mata anda.
-Bermain dam di tengah malam sambil memegang kucing hitam.
-Ambil benang berwarna merah dan ikat pada pokok pisang yang ada berhampiran rumah anda. Hulurkan benang tersebut melalui tingkap menuju ke bilik anda, kemudian ikat pada hujung kaki katil.


 Cara paling mudah... (untuk wanita)
-Ketika anda dalam haid, sikat rambut anda di tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
-Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.

Tuesday, 24 April 2012


IMPIAN DAN KEBERANIAN..:)

Assalamualaikum...manusia sememangnya kejadian Allah yang paling indah..dikurniakan dengan berbagai2 sifat..mazmumah dan mahmudah..setiap dari kita begitu..manusia2 seperti Kevin Skinner,Shaheen Jafargholli,Susan Boyle,Sung-Bong Choi yang pernah melalui berbagai2 kepayahan berani melangkah dan terus bersabar demi meneruskan hidup.selangkah demi selangkah hingga akhirnya membuka mata dunia..tidak ketinggalan junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang merupakan manusia yang paling hebat pernah dilahirkan ke dunia..kita juga sepatutnya begitu..harus berani dan terus melangkah demi mengejar apa yang kita impikan..harus tahu apa impian dan harus juga mempunyai keinginan dan keberanian.usah difikirkan cakap2 mereka yang lain kerana ini adalah hidup kita dan masa depan kita.kita berhak mutlak ketas kedua2..Demi masa depan yang menjanjikan kebahagian,beranilah kehadapan dan mengejar impian..:)

Monday, 23 April 2012

Apa yang dikalamkan diluar (MULUT) belum tentu sama dengan yang didalam (HATI)..Seringkali mulut berkata "Ambiklahh..Aku Ikhlass.."hati pulak berkata tidak..Acapkali mulut tidak berbunyi tapi hati mengharap agar orang memuji..Macam lupa pada 'Yang maha Mengetahui'..Sebenarnya apa yang berkalam didalam tu yang diambil kira..Betul didalam maka betullah diluar..Betul di luar,didalam belum tentu betulnya.Berhati2...Jangan Hanya kerana 'SESUATU' Kita hilang 'SEGALA2'..Setakat ini sejauh manakah 'BENARNYA KEIKHLASAN' kita tu..?..:)

Kadangkala lebih mudah memahami insan lain daripada nak memahami diri sendiri..tapi lebih mudah pula menasihati diri sendiri daripada cuba mentadbir kehidupan mereka yang lain..:)


CINTA ITU INDAH..:)

Apa itu "CINTA"?jika ditanya pada dua orang yang berlainan..kita tak akan dapat jawapan yang tepat..yang pasti mereka akan pasti menjawab..cinta itu universal..cinta itu indah..apapun,pada NM cinta itu memang sepatutnya indah..cinta juga x boleh dipaksa dan dijangka..seringkali kita merasa cinta datang tanpa dijangka,pada tempat dan waktu yang tak terduga..cinta itu sangat2 berkuasa..cinta itu juga sangat2 indah..indah dan berkuasanya cinta hingga kadangkala boleh membutakan mata..anak2 muda remaja lari tinggalkan ibubapa..demi cinta yang di anggap mulia pada sidia yang akhirnya membuka mata..membuka minda.setelah terduduk,jatuh terjelepuk..baru sedar mana baik dan mana buruk..masa tu dah tak guna nak marah nak mengaruk..cinta tak seharusnya ada penyeksaan,cinta juga tak perlu memaksa..kalau betul cinta,segala perbuatan akan menjadi rela..SALAH ATAU BETUL belakang kira..itulah kalau terlalu mengikut hati..terlalu menurut emosi..pada mereka2 yang sedang dibadai asmara dan x mengerti..berhentilah menyeksa diri sendiri..cinta untuk dinikmati..bukan disakiti..cinta itu indah..jika betul cara dan gaya..kamu tak akan gundah..Cnta pasti akan membangkitkan nafsu,tapi jangan kamu kalah pada nafsu serakah..ingatlah mana yang betul mana yang salah..jangan jadikan airmatamu terlalu murah kerana cinta.rindu itu ada.perit jauh memang tersedia..semuanya terpulang pada kita..bertahanlah bagi yang berjauhan..kita ada Tuhan..InsyaAllah..asal kamu benar2 jujur dan menyintai mengikut agamaNya..maka kamu juga akan dicintai sepertimana kamu memberi..InsyaAllah..kepada 'EHEM2'..bertahanlah..bersabarlah sayang...buat yang terbaik..InsyaAllah..Aminn..:)

Sunday, 22 April 2012



SABAR MESTI BERSAMA2 ALLAH..BARU SUSAH AKAN JADI INDAH..:)

Tadi selepas usai solat isyak di surau,NM saja duduk berbual2 dengan tuan punya kedai runcit merangkap tuan yang sama kepada bisnes burgernya dihadapan kedai runcit tu..macam biasa..mendengar keluhannya tentang betapa merudumnya perniagaan yang dikendalikan sejak 2 tahun setengah yang lalu..n macam biasa NM cuma meluahkan agar dia terus bersabar..ini semua dugaan..sambil tersenyum kelat,dia menjawab.."semua orang cakap macam tu..sabar..dugaan..tapi kalau dah 2 tahun setengah macam ni.."NM hanya tersenyum..nak cakap lebih x berani..takut menyinggung n dikatakan terlebih pandai..memang sesiapa pun,jika diuji sebegitu rupa,pasti akan down.Apa yang NM belajar..sabar itu adalah sebahagian dari iman..separuh lagi dari iman adalah apabila kita mendirikan syukur..dalam islam,sabar itu tiada had..walau macam mana dugaan n ujian..kita kena terus bersabar dan sabar dan sabar..bukan sabar yang sebenar jika kita katakan sabar kita ada had..ujian dan dugaan itu adalah balasan atas dosa2 kita yang lalu..dugaan n ujian juga menghapuskan dosa..kadangkala kita rasa masalah kita besar..tanpa kita sedar ramai lagi mereka2 diluar sana yang ditimpakan dengan masalah yang jauh lebih besar..pada mereka2 diluar sana yang mengalami ujian demi ujian dan dugaan..inilah masa terbaik untuk kamu meruntuhkan egomu..duduk diatas sejadah,kenal siapa dirimu,siapa Penciptamu,apa dosa2mu dan dimana kedudukanmu..letakkan Allah dan nabi Muhammad dihati,InsyaAllah..kamu akan rasa manisnya iman,indahnya dugaan..trust me!!ive being thru all this..since past 7 years!!..:)sesungguhnya Allah maha bijaksana..maha penyayang..tiada apa pun yang dikurniakan kepada kita merupakan keburukan2..Susah Dan Masalah adalah 2 perkara yang berbeza..jangan jadikan susah bertambah susah dengan menjadikan ia satu masalah..dalam susah tak semestinya ada masalah...Tapi Dalam Masalah pasti kamu akan jumpa susah..renung2kan..


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)


"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)




 SOLATLAH DENGAN TENANG..

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan." (HR Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala". (HR Abu Ya’la dan Al-Baihaqi)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
RAHSIA MENGAPA RASULULLAH SAW SENTIASA SIHAT..:)

Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).
Dengan mencontohi pola makan Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus “berhubungan” dengan ubat-ubat kimia.
Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.
Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Lepas dari subuh, Rasulullah S.a.w membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al qur`an, kata “syifa” / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan “al-hafidz al-amin”, kerana boleh menyembuhkan luka bakar.
Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad r.a mendengar Rasulullah bersabda, “Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu.” (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun yang ditelan oleh baginda kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al-Bara ‘, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh butir kurma!
Dalam sebuah kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel kanser. Maka tidak perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a, untuk makan kurma disaat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk kesihatan janin.
Rasulullah S.a.w selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma, kemudian solat maghrib. Kedua-dua jenis makanan itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung menggantikan zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi.
Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi di pengambilan dengan makanan pokok, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.
Ada kisah menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang Allah bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam alquran, kata “at-thin” hanya ada satu kali, sedangkan kata “az-zaytun” di ulang sampai tujuh kali. Seorang ahli kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika bahan-bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan “ahsani taqwim”, atau tubuh yang sempurna, seperti yang dinyatakan dalam Surah at-thin. Subhanallah!
Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara rutin mengambil jenis makanan ini, sehingga wajarlah beliau tetap sihat, kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi, walaupun lumpuh sejak kecil. Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah habis para Yahudi Israel itu.
Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu mengambil sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan namanya sayur-sayuran, sepanjang ianya halal, Insya Allah berkhasiat tinggi. Maka, para penggemar kangkung dan bayam tidak usah panik. Para peniaga tauge juga tidak perlu pindah haluan.
Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid, iaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga senang makan buah Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah penyakit gula. Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.
Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya dengan pemilihan menu. Sebab setinggi apa pun gizinya, kalau pola konsumsinya tidak teratur, akan buruk juga akibatnya. Yang paling penting adalah mengelakkan isrof, atau berlebihan. Kata Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis). Ketika seseorang terlalu banyak makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak bagus, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak prima, dan aktiviti pun tidak akan maksima.
Dr. Musthofa menekankan bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`, atau memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan yang diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini penting, jangan kekenyangan!
Rasulullah juga melarang untuk idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa selepas wafatnya Rasulullah, para sahabat melawat Aisyah r.a. Waktu itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil menunggu Aisyah r.a, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam-macam. Aisyah r.a, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. “Apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?” Tanya para sahabat. Aisyah r.a lalu menjawab, “dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, baginda tidak akan makan roti “.
Dan penelitian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.
Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa dan juga tidak terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang. Mesej Umar r.a “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan!”. Ayam, kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.
Masih banyak pola hidup sihat ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan dan cara mengambilnya. Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata Rasulullah sangat memerhatikan masalah gizi dan menu makanan. Dan di tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul, ini boleh menjadi semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi menu-menu tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan.

[Disarikan dari Ceramah Umum "ghidza` unnabi" oleh Prof. Dr. Musthofa Romadhon di Wisma Nusantara, Kaherah, Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As'ad Mahmud, Lc. - lintasberita.com]

J.O.D.O.H

18 mAC 2012..Bermulanya perkenalan NM dengan seseorang di fb..cantik..namun jauh di utara...Perkenalan yang x disangka..bermula dengan komen suka2 pada post masing2..entah mana datang keberanian nak add dan seterusnya mintak no phone..setelah sebulan lebih perkenalan,NM masih belajar mengenai 'dia'..rasanya dah tiba masa untuk buat istikharah..bermula dari awal dan sehingga kini,masih tidak berhenti berharap agar dikurniakan yang terbaik olehNya..jika dberikan petunjuk bahawa dia adalah 'orangnya',maka InsyaAllah..akan NM terima seadanya..x kiralah bagaimana pun sidia..sebagaimana pun kita mencuba,kita xkan boleh merungkai rahsia Allah..moga dipermudahkan..InsyaAllah....alhamdulillah,nampak gayanya lebih selesa berbicara n meluah kata disini berbanding di FB..rasanya NM akan paparkan gambar bila tiba saat dan ketika..InsyaAllah,mudah2an diberi petunjuk dan hidayah..aminn..:)

Saturday, 21 April 2012

Assalamualaikum..Pada langkah pertama saya mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..kepada kawan2 semua...inilah blog saya yang bermula pada saat ini..ahad 22/02/2012..2.31pm...macam2 rasa ada..teruja,malu,gembira + jakun..almaklumlah..baru2..kepada blogger2 lama,share2lah idea kalau ada..saya pun baru je nak belajar..harap2 dapat kongsi ilmu,pengalaman..segala petua n cerita..bermula langkah pertama,saya akan cuba kongsikan segala petua dan cerita..pahit maung..susah senang..InsyaAllah..moga segala2 dipermudahkan..aminn...