RAHSIA MENGAPA RASULULLAH SAW SENTIASA SIHAT..:)
Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum
dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan
selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).
Dengan mencontohi
pola makan Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi
pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu
jauh lebih baik daripada kita harus “berhubungan” dengan ubat-ubat kimia.
Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah
disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk
dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor
penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau
dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.
Perkara
pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara segar
di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan
oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat
besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama
sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh
hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya
Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Lepas dari subuh, Rasulullah S.a.w membuka menu sarapannya dengan
segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar
biasa. Dalam Al qur`an, kata “syifa” / kesembuhan, yang dihasilkan oleh
madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau
menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan
perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan
keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan “al-hafidz
al-amin”, kerana boleh menyembuhkan luka bakar.
Masuk waktu dhuha,
Rasulullah S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad
r.a mendengar Rasulullah bersabda, “Barang siapa memakan tujuh butir
kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan
membahayakannya pada hari itu.” (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini
terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan
Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun
yang ditelan oleh baginda kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan
yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al-Bara ‘, salah seorang
sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi
Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh butir kurma!
Dalam sebuah
kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke
kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan
ini terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel
kanser. Maka tidak perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a,
untuk makan kurma disaat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk
kesihatan janin.
Rasulullah S.a.w selalu berbuka puasa dengan
segelas susu dan kurma, kemudian solat maghrib. Kedua-dua jenis makanan
itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung menggantikan zat-zat gula
yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu sudah cukup
mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan berlebihan
apabila bermaksud untuk makan lagi.
Menjelang petang hari, menu
Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan
hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi di pengambilan dengan
makanan pokok, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali,
antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan
sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga
berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.
Ada kisah menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang Allah
bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam alquran, kata “at-thin” hanya ada
satu kali, sedangkan kata “az-zaytun” di ulang sampai tujuh kali.
Seorang ahli kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika
bahan-bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh
manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan “ahsani taqwim”,
atau tubuh yang sempurna, seperti yang dinyatakan dalam Surah at-thin.
Subhanallah!
Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara
rutin mengambil jenis makanan ini, sehingga wajarlah beliau tetap sihat,
kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi, walaupun lumpuh sejak kecil.
Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah habis para Yahudi
Israel itu.
Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah
sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu mengambil
sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr.
Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak
kenal juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran
mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya
tahan tubuh dan melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan
namanya sayur-sayuran, sepanjang ianya halal, Insya Allah berkhasiat
tinggi. Maka, para penggemar kangkung dan bayam tidak usah panik. Para
peniaga tauge juga tidak perlu pindah haluan.
Disamping menu wajib
di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi
beliau tidak rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid, iaitu campuran
antara roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga
senang makan buah Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah
penyakit gula. Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.
Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya
dengan pemilihan menu. Sebab setinggi apa pun gizinya, kalau pola
konsumsinya tidak teratur, akan buruk juga akibatnya. Yang paling
penting adalah mengelakkan isrof, atau berlebihan. Kata Rasulullah,
“cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan,
maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan
sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis). Ketika seseorang terlalu
banyak makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak
bagus, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi
tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak
prima, dan aktiviti pun tidak akan maksima.
Dr. Musthofa menekankan
bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`, atau
memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan
yang diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini
penting, jangan kekenyangan!
Rasulullah juga melarang untuk idkhol
at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di
masa selepas wafatnya Rasulullah, para sahabat melawat Aisyah r.a. Waktu
itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil
menunggu Aisyah r.a, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya,
saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan
bermacam-macam. Aisyah r.a, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis.
“Apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?” Tanya para sahabat. Aisyah
r.a lalu menjawab, “dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan
perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti,
beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma,
baginda tidak akan makan roti “.
Dan penelitian membuktikan bahawa
berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan
bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan
lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.
Rasulullah tidak
makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara
serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa
dan juga tidak terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi
jantung. Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu
banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang.
Mesej Umar r.a “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi
haiwan-haiwan ternakan!”. Ayam, kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.
Masih banyak pola hidup sihat ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita
pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan
dan cara mengambilnya. Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata
Rasulullah sangat memerhatikan masalah gizi dan menu makanan. Dan di
tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul, ini boleh menjadi
semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi menu-menu
tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan.
[Disarikan dari Ceramah Umum "ghidza` unnabi" oleh Prof. Dr. Musthofa
Romadhon di Wisma Nusantara, Kaherah, Mesir) tulisan ini ditulis oleh
Muhammad As'ad Mahmud, Lc. - lintasberita.com]
No comments:
Post a Comment