CARA DIBUKAKAN HIJAB..:)
Berikut adalah beberapa cara untuk kita melihat
Jin/Hantu/Syaitan walau dengan seimbas bayanganya. Namun semuanya hanya dengan
izin Allah s.w.t...
Nasihat:
-Jangan sesekali cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
-Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai
amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
-Jangan sesekali menggunakan air mata anjing untuk aktiviti
ini kerana ia adalah haram.
-Jangan lakukan jika berseorangan.
-Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku
kerasukan.
-Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.
-Tidak digalakkan untuk mereka yang berumur bawah 16tahun
dan kurang faham atau kurang mahir dalam membaca.
Cara Pertama:
-Berdiri dan menghadap kiblat..
-Rehatkan badan dan segala anggota - biarkan lemah..
-Selawat 3x
-Kosongkan minda dengan cara menumpukan pada bahagian tengah
kening baca surah al-fatihah dengan berulang2 sehingga 7x..
-Pastikan akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2
dan menunjukkan ke satu arah..
-Semasa tgn terasa terangkat tu ada semacam seperti angin yg
bertumpu pada tangan atau pergelangan..angin yg dingin..
turutkan saja arah
tgn bergerak... dan buka mata utk melihat..
Cara kedua:
-Semasa mandi mayat. air mayat melimpah turun, sila tengok
celah kangkang anda kepada air mayat tadi...atau
ambil air mandian
jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
-Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat
pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda...kemudian buka mata dan
lihat apa yang muncul di tepi anda...!
Cara Ketiga:
-Mengusap kotoran dari kuburan (iaitu tanah dari kawasan
perkuburan) dan sapu di sekitar mata anda.
-Bermain dam di tengah malam sambil memegang kucing hitam.
-Ambil benang berwarna merah dan ikat pada pokok pisang yang
ada berhampiran rumah anda. Hulurkan benang tersebut melalui tingkap menuju ke
bilik anda, kemudian ikat pada hujung kaki katil.
Cara paling mudah... (untuk wanita)
-Ketika anda dalam haid, sikat rambut anda di tengah malam
sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
-Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua
penjuru pintu bilik air/bilik mandi.
No comments:
Post a Comment