Sunday 6 May 2012


TEGURAN RASULULLAH KEPADA SAHABAT YANG KETAWA

Suatu ketika Rasulullah S.A.W dlm perjalanan utk menunaikan solat lalu baginda S.A.W ternampak satu kumpulan org yang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda " Sekranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadan yg saya lihat ini"


"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlal
u tanpa kubur menyeru " Aku ialah kubur kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat2 ".

Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata " Kedatangan kamu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Drpada kalangan manusia yangberjalan di atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku "


Slepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.


Apabila org yg berdosa dimasukkan, kubur itu akan berkata " Tiada kata-kata aluan utk kedatanganmu. Sangat jelek kdtganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di muka bumi ini engkaulah yg paling aku benci. Hari ini kau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku "


Selepas itu kubur akan menghimpit sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atasbumi, maka sehelai rumput puntidak akan tertinggal. Ular itu akan terus mematuk org tersebut sehingga kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda " Kubur merupakan satu kebun daripada kebun2 sy
urga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka (Misykat) "


No comments:

Post a Comment